Terma dan Syarat



 > Masa mendaftar MASUK adalah pukul: 2:00 petang dan masa mendaftar KELUAR adalah pukul: 12:00 tengahari. (Boleh check-in awal & Boleh check-out lewat tetapi bergantung kepada tempahan semasa dan juga persetujuan kami (tuan rumah).

> SILA PASTIKAN semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa anda tidur atau keluar.

> Jika terdapat sebarang kerosakkan (kelengkapan/peralatan rumah) berlaku pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

> Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00.

> Membuat kunci pendua (duplicate key) tanpa pengetahuan/kebenaran pihak kami adalah DILARANG sama sekali.

> TIDAK DIBENARKAN membawa keluar segala kelengkapan/peralatan yang terdapat di dalam homestay tanpa kebenaran pihak kami.

> SILA BUANG SEMUA bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.

> BAGI TUJUAN KESELAMATAN, merokok adalah dilarang semasa anda berada di dalam bilik.

> Membawa masuk binatang peliharaan adalah DILARANG sama sekali.

> TIDAK DIBENARKAN membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.

> TIDAK DIBENARKAN membawa makanan dan minuman yang tidak halal ke dalam homestay.

> TIDAK MENGGUNAKAN homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.

> DILARANG memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.

> SILA PASTIKAN SEMUA barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda mendaftar keluar.

> SILA PASTIKAN SEMUA suis termasuk kipas / lampu /air-cond ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

> SEGALA KEHILANGAN barang peribadi, kemalangan dan keselamatan tetamu adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab tetamu sendiri. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak tetamu.

> Jika ingin membuat tempahan, boleh membuat bayaran deposit RM50 untuk 1 malam. Baki bayaran penginapan hendaklah dijelaskan semasa kunci diberi atau check-in. PERHATIAN!! Deposit ini juga tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan